Posts

Showing posts from June, 2024

ACE : MR COLD HUSBAND (PROLOG)

PROLOG  "To..tolong saya tak tahu apa yang berlaku, saya betul tak faham. Tolong lepaskan saya.." berkaca-kaca mata wanita bermata coklat tersebut merayu dengan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya kini dengan pandangan tajam. Tengku Adrian berasa sangat marah pada wanita yang bergelar isterinya. "Lebih baik kau cakap sekarang atau kau nak aku gunakan kekerasan ?" Tengku Adrian menarik kepala wanita tersebut supaya mendonggak memandangnya dengan kasar. "Demi Allah saya tak tahu apa-apa saya cuma diminta hadir majlis perayaan dan saya dapat panggilan untuk pergi ke bilik hotel kalau awak tak percaya awak boleh tengok telefon saya." Dengan tenaga yang ada Adriana Erissa cuba untuk bangun walaupun tangan masih bergari. Dia cuba untuk menjelaskan bahawa dia tak terlibat dengan masalah yang ada, dia tak mungkin kotorkan tangannya dengan membunuh jauh lagi melukai orang lain. Ibu bapanya telah meninggalkannya ketika dia masih kecil tapi dia telah dididik den...