ACE : MR COLD HUSBAND (PROLOG)
PROLOG
"To..tolong saya tak tahu apa yang berlaku, saya betul tak faham. Tolong lepaskan saya.." berkaca-kaca mata wanita bermata coklat tersebut merayu dengan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya kini dengan pandangan tajam. Tengku Adrian berasa sangat marah pada wanita yang bergelar isterinya. "Lebih baik kau cakap sekarang atau kau nak aku gunakan kekerasan ?" Tengku Adrian menarik kepala wanita tersebut supaya mendonggak memandangnya dengan kasar. "Demi Allah saya tak tahu apa-apa saya cuma diminta hadir majlis perayaan dan saya dapat panggilan untuk pergi ke bilik hotel kalau awak tak percaya awak boleh tengok telefon saya." Dengan tenaga yang ada Adriana Erissa cuba untuk bangun walaupun tangan masih bergari. Dia cuba untuk menjelaskan bahawa dia tak terlibat dengan masalah yang ada, dia tak mungkin kotorkan tangannya dengan membunuh jauh lagi melukai orang lain. Ibu bapanya telah meninggalkannya ketika dia masih kecil tapi dia telah dididik dengan baik di rumah anak yatim Al-Azhar. Dadanya sakit kerana lelaki yang berada dihadapannya adalah suaminya sendiri suami dia sangat sayang dan percaya tapi Tengku Adrian langsung tidak mempercayainya.
Adriana Erissa mengalihkan pandangan pada dua orang lelaki yang sedang selongkar begnya bagi mencari telefon yang di perkatakannya. "Wei Ace, ni ha telefon bini kau, aku dah check memang dia ada terima panggilan yang tak dikenalpasti tapi aku pelik bila aku cuba untuk track nombor telefon tu dia berada di kawasan kita." laju tangan Tengku Aisar menaip di laptopnya bagi mengenalpasti keberadaan orang yang bagi arahan pada Adriana Erissa. Tengku Aisar berasa kasihan melihat keadaan Adriana Erissa dia tahu bahawa wanita tersebut tidak akan melakukan hal-hal bodoh sebegini. Tengku Adrian berjalan laju menuju ke Tengku Aisar yang kini duduk di atas kerusi yang ada di situ. Apabila sampai sahaja disana, Tengku Adrian merampas komputer riba milik Tengku Aisar dan melihat segala detail yang ada pada paparan tersebut. Tengku Aisar tahu kalau ketuanya marah memang takkan bersuara banyak kalau rasa dia boleh rampas dia akan rampas. "Aku nak kau cari siapa pemilik nombor telefon ni, aku tahu benda ni settle harini ! Paham ?" Tengku Aisar hanya diam dan mengangguk tanda arahan diterima.
Tengku Adrian memandang ke arah Adriana Erissa yang kini terduduk. Adriana Erissa menghela nafas lega, memandang Tengku Adrian dengan senyuman yang manis. Dia percaya pasti lelaki itu akan percaya dengan kata-katanya, Tengku Adrian adalah lelaki yang dia sangat sayang dan dia sangat percaya. Baginya tiada orang yang dia paling percaya selain dari suaminya sendiri yang juga merupakan kawan baiknya ketika zaman universiti dulu. Tengku Adrian berjalan dan menuju ke arahnya dan kini berada di hadapan Adriana Erissa. Jauh di dalam sudut hati Tengku Adrian dia merasa lega kerana isterinya tidak bersalah dan dia rasa serba salah dilihat keadaan isterinya ketika ini. Dia membuka kot baju yang dia pakai dan dipakaikan pada isterinya serta meminta dua orang bawahannya untuk membuka gari yang mengikat isterinya. Setelah di buka Tengku Adrian terus menggendong isterinya untuk duduk di sofa dia sepatutnya percaya kata-kata isterinya bukan orang lain, rasa bersalah mula membelungggu dirinya sendiri.
"Maafkan abang ye sayang ? Abang tahu abang sepatutnya percayakan isteri abang bukan orang lain. Abang berhak dibenci oleh sayang sebab abang tahu kalini salah abang, abang sepatutnya cari tahu dulu sebelum menghukum sayang. Maafkan abang ye sayang ?" Sambil memegang tangan isterinya yang terdapat beberapa luka kerana dipukul olehnya. Tengku Adrian meniup setiap luka yang ada ditangan Adriana Erissa dia cuba menghilangkan rasa pedih ditangan kecil milik isterinya, kerana dia tahu isterinya paling tidak suka dengan darah. Adriana Erissa yang melihat perlakuan Tengku Adrian padanya merasa geli hati tahu sahaja suaminya bahawa dia tidak suka tengok darah. "Abang .. takpela Rissa okey Rissa tahu abang akan percayakan Rissa. Rissa tahu abang akan cari sampai dapat tapi mungkin abang terlampau marah, abang tak dapat nak fikir dengan baik Rissa tetap percayakan abang" sambil tangan mengusap pipi suaminya. Tengku Adrian tambah rasa serba salah kerana tidak sangka yang Adriana Erissa yang dihadapannya adalah orang yang sangat penyabar. Tangan Adriana Erissa yang menyentuh pipinya itu dicium dan jatuh air mata lelakinya kerana Adriana Erissa tidak pernah sekali pun menyakitkan hatinya dan dia sering sakitkan hati wanita tersebut tapi Adriana Erissa tetap sabar. Dia memeluk Adriana Erissa dengan erat, dia sayangkan isterinya dia tidak ingin isterinya terluka kerana kesalahpahamannya.
Comments
Post a Comment