Posts

Showing posts from August, 2025

BAB 3 ACE : MR COLD HUSBAND

  BAB 3 Setelah seminggu bergelar isteri kepada Tengku Adrian , Adriana Erissa merasa bersyukur kerana tiada seorang pun yang mengganggunya atau cuba untuk melakukan perkara yang tidak baik terhadap dirinya. Dia menyedari sejak kebelakangan ini, dia merasa tidak sedap hati tidak tahu sama ada ianya cuma perasaannya sahaja atau memang akan ada sesuatu yang bakal berlaku. Kini Adriana Erissa merupakan isteri dan juga pembantu peribadi Tengku Adrian kerana mereka kena sentiasa bersama walau dimana jua mereka berada.  Adriana Erissa bangun pada awal pagi ingin memasak untuk suaminya , setelah selesai memasak dia mendengar laungan azan subuh berkumandang. Terdapat surau berdekatan dengan rumah mereka, suaminya telah sediakan segalanya. Semasa mula-mula masuk kedalam rumah agam macam penthouse serba mewah dan tidak sangka suaminya telah menyiapkan segalanya perabut di rumah juga serba canggih.  Adriana Erissa naik ke tingkat atas menggunakan lif yang ada di rumah dan masuk ke b...

BAB 1 ACE : MR COLD HUSBAND

  BAB 1 'Malasnya nak masuk kelas harini, dah la pagi ni kelas Prof Uthman' kata-kata itu hanya mampu diucapkan di dalam hati kerana dia tidak mahu kalau rakan sekelasnya dengar. Sedang dia memikirkan apa yang bakal dia hadapi semasa kelas Prof Uthman , dia dikejutkan dengan jeritan para pelajar perempuan dengan kehadiran sahabat-sahabat baiknya Tengku Adrian, Tengku Aisar, Danish Aiqal dan Daniel Denniz. Mereka masuk ke dalam kelas dan terus berjalan menuju ke kerusi kosong di hadapan Adriana Erissa. Mereka yang sudah mula berbisik kerana tempat duduk di sebelah Adriana Erissa di duduki oleh Tengku Adrian. " Hey korang nak tahu tak Adrian dan Adriana ini dah kenal satu sama lain dari kecil, diorang selalu bersama-sama lepastu ada orang kata diorang dua sudah di jodohkan dari kecil, yelakan dedua anak pengusaha syarikat terkenal. " perbualan diantara dua orang pelajar perempuan di kelasnya didengari oleh Adriana Erissa, terukir senyum pada bibirnya sambil menoleh ke a...

BAB 2 ACE : MR COLD HUSBAND

                                                                           BAB 2 Setelah menerima panggilan yang mengejutkan daripada keluarga, Adriana Erissa dan Tengku Adrian datang bersama ke rumah agam milik keluarga Tengku Adrian. Mereka berlari masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke arah ruang tamu, setibanya mereka disana kelihatan keluarga Adriana Erissa dan Tengku Adrian memandang ke arah mereka yang baru sahaja tiba.  " Kamu berdua kena kahwin dalam masa terdekat ni, papa nak kamu Adrian jaga Black Lion dan Adriana sebaiknya. Papa akan buat pengumuman minggu depan dan kamu Adriana, uncle nak kamu bersedia dengan apa yang bakal dihadapi pada masa akan datang, uncle tahu kamu ada keinginan untuk terus sambung belajar, uncle harap kamu tundakan dulu untuk kamu sambung belajar.  Adr...