BAB 1 ACE : MR COLD HUSBAND
BAB 1
'Malasnya nak masuk kelas harini, dah la pagi ni kelas Prof Uthman' kata-kata itu hanya mampu diucapkan di dalam hati kerana dia tidak mahu kalau rakan sekelasnya dengar. Sedang dia memikirkan apa yang bakal dia hadapi semasa kelas Prof Uthman , dia dikejutkan dengan jeritan para pelajar perempuan dengan kehadiran sahabat-sahabat baiknya Tengku Adrian, Tengku Aisar, Danish Aiqal dan Daniel Denniz. Mereka masuk ke dalam kelas dan terus berjalan menuju ke kerusi kosong di hadapan Adriana Erissa. Mereka yang sudah mula berbisik kerana tempat duduk di sebelah Adriana Erissa di duduki oleh Tengku Adrian. " Hey korang nak tahu tak Adrian dan Adriana ini dah kenal satu sama lain dari kecil, diorang selalu bersama-sama lepastu ada orang kata diorang dua sudah di jodohkan dari kecil, yelakan dedua anak pengusaha syarikat terkenal. " perbualan diantara dua orang pelajar perempuan di kelasnya didengari oleh Adriana Erissa, terukir senyum pada bibirnya sambil menoleh ke arah Tengku Adrian yang bermuka beku itu.
Sukar untuk melihat seorang Tengku Adrian tersenyum dan ketawa di khalayak ramai, dia akui ramai yang menyukai lelaki tersebut tetapi jawaban selalu membuat perempuan menangis dan terus pergi, malah sanggup berpindah tempat belajar. Sedang Adriana Erissa meneliti setiap inci muka Tengku Adrian, dia dikejutkan lagi sekali dengan jeritan dari pelajar lelaki pula oleh kerana kehadiran perempuan paling cantik di UKM , Dania Alisa. Pemakaian Dania Alisa agak ketat dan mendedahkan rambutnya yang berwarna perang, dia berjalan menuju ke Tengku Adrian dan setibanya di tempat Tengku Adrian dia berdiri dan meletakkan minuman bergas di meja Tengku Adrian. " I nak you jadi boyfriend I !" mendengar perkataan daripada mulut perempuan tersebut, ramai yang bersorak dan Adriana Erissa disebelah agak terkejut.
Tengku Adrian memandang muka Dania Alisa tanpa perasaan. " Aku taknak dan untuk pengetahuan kau, Adriana Erissa adalah tunang aku dan aku tak suka orang yang nak merosakkan hubungan aku dengan tunang aku. Dan kau tolong jaga pakaian kau nak tunjuk badan bukan dekat sini, sini tempat belajar. Sekarang kau blah jangan nak semakkan mata aku" jawab Tengku Adrian dengan nada kasar dan muka tanpa reaksi. Adriana Erissa terkejut dengan pengakuan Tengku Adrian tapi dalam hati berbunga, bukan dia sahaja tetapi semua dalam kelas turut terkejut. Dania Alisa berasa mukanya membahang terus berjalan keluar dari situ.
Setelah tamat kelas pagi, Tengku Adrian bersama dengan rakan-rakannya bergerak ke Cafe Coffee untuk makan tengah hari, cafe ini kepunyaan keluarga Danish Aiqal, Danish ni nampak sahaja seorang yang simple tapi keluarganya mempunyai banyak cafe di dalam dan juga luar negara. " Weyh, Ad kau betul ke bertunang dengan Riana? " tanya Danish setelah mendapat tempat duduk , dan duduk disebelah Tengku Aisar berhadapan dengan Tengku Adrian." Haah, kau betul-betul ke ? jangan memain Ad kesian dengan Riana kau pun tahu kan dia dah lama sukakan kau, cuma kau pura-pura tak tahu je." tegur Tengku Aisar, Tengku Aisar sangat rapat dengan Adriana Erissa dan Tengku Adrian kerana keluarga mereka merupakan business partner.
Dia tahu kalau Adriana Erissa sangat sayang dan sukakan Tengku Adrian walaupun hatinya sakit tentang pengakuan tersebut tapi dia terima bahawa wanita yang dia sayang, hatinya milik orang lain. " Aku series aku sedar , aku sebenarnya dah lama suka dan sayangkan Riana kekadang aku sedar aku ego, pertikaikan benda tu tapi akhirnya aku tak boleh nak ketepikan lagipun aku dah cakap dengan family aku untuk masuk meminang Riana. " jelas Tengku Adrian tanpa dia sedari bahawa dibelakangnya berdiri Adriana Erissa bersama Najwa dan Danialla. "Adrian..." Tengku Adrian terus menoleh ke arah suara tersebut dan terkejut bukan dia sahaja tetapi semua rakan semeja termasuk yang berdiri di samping Adriana Erissa. " Riana.... Boleh kita bincang berdua ?"
Sampai sahaja di tingkat atas bangunan cafe tersebut terdapat pemandangan yang cantik dan Adriana Erissa berdebar menanti apa yang ingin diperkatakan oleh Tengku Adrian. " Riana, saya sayangkan awak dan saya sukakan awak, dah lama saya pendam rasa ni jadi sekarang saya nak luahkan. Sebagai bumi menjadi saksi lamaran saya, Adriana Erissa Binti Dato' Khalid , sudikah awak menjadi peneman hidup saya seumur hidup ?" sambil melutut dihadapan Adriana Erissa dan menghulurkan kotak merah dan di buka ada sebentuk cincin. " Adrian, sa...saya... terima " tergagap Adriana Erissa menerima lamaran dari Tengku Adrian dan Adriana Erissa perasan yang ada senyuman terukir pada bibir Tengku Adrian.Tengku Adrian menyerahkan cincin pada Adriana Erissa, ingin sahaja dia mencium dahi wanita tersebut tapi dia tahu wanita di hadapannya berbeza dengan wanita lain. " Terima kasih Riana sebab sudi terima saya sebagai peneman hidup awak." Tengku Adrian memandang mata Adriana Erissa yang berwarna coklat dan meneliti setiap inci rupa Adriana Erissa , wanita didepannya cantik berkulit cerah dan bertudung bawal berwarna nude ingin sahaja dia menyentuh muka wanita tersebut tapi dia tahu wanita itu tidak akan suka. Lamunan tersebut terhenti apabila mendengar telefon bimbit milik Adriana Erissa berbunyi dan juga telefon milik Tengku Adrian. Kedua mereka memandang satu sama lain kerana telefon tersebut dari ayah mereka, secara serentak Tengku Adrian dan Adriana Erissa menjawab panggilan tersebut.
Comments
Post a Comment