BAB 3 ACE : MR COLD HUSBAND
BAB 3 Setelah seminggu bergelar isteri kepada Tengku Adrian , Adriana Erissa merasa bersyukur kerana tiada seorang pun yang mengganggunya atau cuba untuk melakukan perkara yang tidak baik terhadap dirinya. Dia menyedari sejak kebelakangan ini, dia merasa tidak sedap hati tidak tahu sama ada ianya cuma perasaannya sahaja atau memang akan ada sesuatu yang bakal berlaku. Kini Adriana Erissa merupakan isteri dan juga pembantu peribadi Tengku Adrian kerana mereka kena sentiasa bersama walau dimana jua mereka berada. Adriana Erissa bangun pada awal pagi ingin memasak untuk suaminya , setelah selesai memasak dia mendengar laungan azan subuh berkumandang. Terdapat surau berdekatan dengan rumah mereka, suaminya telah sediakan segalanya. Semasa mula-mula masuk kedalam rumah agam macam penthouse serba mewah dan tidak sangka suaminya telah menyiapkan segalanya perabut di rumah juga serba canggih. Adriana Erissa naik ke tingkat atas menggunakan lif yang ada di rumah dan masuk ke b...