BAB 2 ACE : MR COLD HUSBAND

                                                                         BAB 2


Setelah menerima panggilan yang mengejutkan daripada keluarga, Adriana Erissa dan Tengku Adrian datang bersama ke rumah agam milik keluarga Tengku Adrian. Mereka berlari masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke arah ruang tamu, setibanya mereka disana kelihatan keluarga Adriana Erissa dan Tengku Adrian memandang ke arah mereka yang baru sahaja tiba. 

" Kamu berdua kena kahwin dalam masa terdekat ni, papa nak kamu Adrian jaga Black Lion dan Adriana sebaiknya. Papa akan buat pengumuman minggu depan dan kamu Adriana, uncle nak kamu bersedia dengan apa yang bakal dihadapi pada masa akan datang, uncle tahu kamu ada keinginan untuk terus sambung belajar, uncle harap kamu tundakan dulu untuk kamu sambung belajar. 

Adriana Erissa hanya terdiam dan berjalan menuju ke arah ibu bapanya yang sedang terduduk di sofa dan duduk diantara kedua orang tuanya. Dato' Khalid memeluk anaknya 

" Rissa, daddy nak kamu ikut rancangan ni daddy dan mummy taknak apa-apa jadi pada kamu, daddy dan mummy taknak kehilangan kamu." Sambil mengusap belakang anaknya dan mengalir air matanya. 

" Ad, akan kawin dengan Rissa dan jaga Rissa dengan nyawa Ad. Ad.. Akan amik juga tanggungjawab sebagai Ketua Mafia Black Lion. Papa dan uncle tenang Ad akan recruit orang-orang yang hebat dalam kumpulan kali ni. " kata - kata Tengku Adrian membuat Dato' Khalid dan Datin Amalia berasa lega dan dia meminta izin untuk menelefon ke semua sahabatnya datang ke rumah. 

Beberapa minit kemudian , Tengku Aisar, Danish Aiqal dan Daniel Denniz tiba dirumah agam dan mereka terus menuju ke ruang tamu milik keluarga Tengku Adrian. 

" Papa kenalkan ini kawan dan antara orang kuat yang akan tolong Ad untuk jaga Kumpulan Black Lion. Tengku Aisar, papa ingat dia lagikan ? dia kawan Rissa dengan Ad masa kecil anak Tengku Kamal dan Tengku Karina. Dia mahir dalam hacker dan komputer." jelas Tengku Adrian dan melihat papanya mengiyakan kata-katanya dia terus memperkenalkan Danish Aiqal " Ini Danish Aiqal Eagle Eye , mata dia sangat tajam dan mahir dalam menggunakan senjata api antaranya Sniper dan ini Daniel Denniz mahir dalam seni pertahanan diri sama level dengan Rissa. Ada lagi dua orang kawan Rissa ... mereka ma.." belum sempat Tengku Adrian menghabiskan kata-katanya Adriana Erissa memotong kata-katanya dan berdiri. 

"Najwa mahir dalam hacker sistem berbeza dengan Aisar , Aisar boleh hack banyak hal tapi Najwa hanya pada sistem. Terakhir, Danialla adik kepada Danish Aiqal hebat dalam penyamaran. Mereka tidak dapat hadir kerana ada hal. " Penerangan Adriana di iyakan oleh Tengku Ghazali ayah kepada Tengku Adrian.

 Tengku Adrian dibesarkan oleh ayahnya sendiri tanpa seorang ibu kerana ibunya mati dibunuh ketika ingin menyelematkannya yang ditangkap untuk memeras ugut Black Lion. Ibunya seorang yang hebat berlawan dan dia mengetahui hal itu ketika ia berumur 13 tahun dan sejak mengetahui hal itu dia berubah dan menjadi seorang yang bermuka beku dan tiada yang berani ingin berkawan dengan nya melainkan Tengku Aisar, Danish Aiqal dan Daniel Denniz termasuklah Adriana Erissa. 


" Baguslah kalau kamu berdua sudah ada kumpulan yang boleh kamu percaya sendiri papa rasa tenang sikit tapi kita kena hati-hati sebab kumpulan lawan kita bukan biasa-biasa kali ni. Mereka nakkan Rissa. " kata - kata Tengku Ghazali membuat semua isi rumah terkejut kecuali mummy dan daddy Adriana Erissa.

 " Tapi kenapa Rissa pa ? apa yang ada pada Rissa sampai diorang sanggup nak tangkap dan bunuh Rissa ? kita ada hutang apa dengan diorang sampai macam ni sekali tindakan diorang ? " soalan demi soalan yang dipertanyakan oleh Tengku Adrian dan nada suaranya agak tinggi kerana agak marah. Sebelum menjawab soalan dari anaknya dia melepaskan nafas yang berat. " White Lion, Ad pernah dengarkan kumpulan ni ? " Tengku Adrian terkejut dan mula mengundur setapak ke belakang untung di sambut oleh Tengku Aisar. 

Tengku Aisar mengetahui kenapa sebegitu sekali kawannya terkejut kerana kumpulan itulah yang membunuh ibunya. " Mereka nakkan darah di dalam badan Rissa kerana darah Rissa adalah jenis RH17 yang sangat susah untuk dijumpai, Rissa, ibu Rissa adalah orang yang mempunyai darah yang sama, hanya Rissa memiliki darah ini. 

"Macam mana mereka tahu ? kamu ingat tak kamu pernah selamatkan seseorang di hospital dan mendermakan darah pada orang tersebut ?  Orang tu adalah ketua kumpulan White Lion dan dia sekarang memerlukan lebih banyak darah RH 17 jadi sebabtu dia nak bunuh kamu Rissa dan darah ini boleh disimpan selama 10 tahun jadi bunuh kamu sekarang juga sudah menguntungkan mereka. " penerangan daripada Tengku Ghazali membuatkan Adriana terduduk dan tidak mampu berkata apa-apa.

Malam ni mereka bermalam di rumah agam milik Tengku Adrian. Rumah Tengku Adrian penuh dengan peralatan yang canggih dan kawalan adalah sangat ketat. Adriana Erissa tidur dibilik bersebelahan dengan Tengku Adrian. Sedang dia ingin melelapkan mata, tiba-tiba dia mendengar suara pecahan kaca dari bilik Adriana tanpa membuang masa Tengku Adrian terus keluar dan cuba untuk buka pintu bilik Adriana Erissa tapi tak boleh. Semua orang naik ke atas kerana mendengar pecahan kaca 

" Ad, kenapa ? apa yang berlaku ? kenapa ada bunyi kaca ? " Datin Amalia kelihatan sangat risau dengan keadaan anak tirinya ketika ini kerana dia tahu anak tirinya mempunyai masalah kemurungan yang agak teruk sejak kepergian ibu dan abang kembarnya. Tok tok tok ! ketukan pintu dikuatkan , panggilan nama Adriana Erissa semakin kuat tapi makin banyak pecahan kaca kedengaran dan jeritan Adriana Erissa semakin kuat. " Rissa ! Rissa ! buka pintu ni ! " kuat Tengku Adrian menjerit memanggil sambil cuba menendang secara paksa pintu dan akhirnya berjaya dibuka . 

Setelah berjaya dibuka, Tengku Adrian dan Tengku Ghazali berpusing kerana melihat Adriana Erissa tidak bertudung dan segera mengalihkan pandangan ke arah luar. Dato' Khalid dan Datin Amalia berlari ke arah Adriana Erissa , melihat serpihan kaca banyak bertaburan di lantai, terdapat satu serpihan yang ada kesan darah. 

Sambil menunggu bilik Adriana Erissa di kemas , Dato' Khalid, Datin Amalia , Tengku Ghazali dan Tengku Adrian melihat keadaan Adriana Erissa yang hanya diam melihat luka yang ada pada tangannya. " Papa , Ad nak nikah dengan Rissa esok ! " Tengku Adrian bersuara sambil memandang kearah Adriana Erissa dia tidak ingin melihat wanita yang dia sayangi terluka sama ada secara fizikal atau mental. " Papa tak kisah tapi kamu per... " tanpa sempat Tengku Ghazali menghabiskan ayatnya Adriana Erissa bersuara.

" Uncle, mummy dan daddy , Rissa nak kawin dengan Ad esok. Rissa taknak mummy daddy risaukan Rissa. Rissa yakin Ad boleh jaga Rissa" terang Adriana Erissa dia nak Tengku Adrian menjadi miliknya kerana hanya dengan suara Tengku Adrian dia mampu bertenang. Adriana Erissa mengangkat kepala nya dan tersenyum ke arah Tengku Adrian, Tengku Adrian membalas senyuman tersebut. 

" Baiklah, kalau kamu berdua dah kata macam tu daddy dan mummy setuju. Kau macam mana Ghaz , anak kita berdua nak menikah esok ?" pertanyaan Dato' Khalid dibiar sepi sementara dan hanya mengangguk. 

Keesokkan harinya , rumah agam milik Tengku Adrian dipenuhi dengan beberapa tetamu dan juga sangat dijaga dengan sangat ketat kerana risau kehadiran kumpulan White Lion yang mungkin akan menculik atau mencederakan Adriana Erissa. 

Dengan sekali lafaz sahaja, Adriana Erissa telah sah menjadi isteri kepada Tengku Adrian. Tengku Adrian berjalan menuju ke arah Adriana Erissa yang kelihatan agak malu dan kini Tengku Adrian berada bersebelahan dengan Adriana Erissa untuk menyarungkan cincin, "Assalamualaikum isteri abang , meh tangan tu abang nak sarungkan cincin dekat tangan sayang yang cantik" .

Apabila mendengar suara Tengku Adrian memanggilnya sayang makin merah mukanya dan dihulurkan tangannya untuk suaminya menyarungkan cincin. Selesai sarung Adriana Erissa menjawab " Waalaikumsalam suami saya, terima kasih abang sebab sudi terima Rissa, walaupun abang tahu Rissa ni... " tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana tiba-tiba kepalanya ditolak ke depan dan dahinya dicium oleh suaminya. " Sayang.. abang terima semua kekurangan sayang dan jangan cakap pasal sakit Rissa, abang yang rela nak kawin dan jaga Rissa. " Rissa tersenyum dengan kata-kata Tengku Adrian tangan Tengku Adrian diambil dan dicium. 

Disebalik majlis yang sedikit meriah ada mata yang penuh dengan amarah dan benci  memandang disebalik pokok dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh Tengku Adrian dan Adriana Erissa. Orang tersebut hanya mampu melihat dari jarak yang jauh kerana sekiranya dia melakukan hal yang tidak sepatutnya dia tidak akan selamat kerana kawalan keselamatan adalah sangat ketat.

Sedang mereka melayani tetamu tiba-tiba Tengku Aisar mendatangi Tengku Adrian dan berbisik di telinga Tengku Adrian. "Sayang.. abang ada hal sikit dengan Aisar nanti abang datang ke sayang pula ye ?. " Adriana Erissa hanya menganggukan kepalanya tanda setuju. Adriana Erissa terus menerus melayani tetamu yang hadir. 

Seketika itu Tengku Adrian dan ahli kumpulan Black Lion yang lain berkumpul di tepi kolam bagi membincangkan sesuatu. "Aisar, macam mana ? Kau pasti ke dengan apa yang kau nak kita buat ? Aku tau hal ini mungkin okay untuk kita tapi aku tak rasa Rissa akan okay. Kau tau kan dia macam mana bila hal melibatkan kematian lagi-lagi keluarga." Tengku Adrian bertanya kerana dia risaukan keadaan isterinya.

" Aku yakin, kita akan bagitahu dia keadaan keluarga dia bila orang yang kita cari tertangkap, sebab aku yakin orang dalam keluarga Rissa yang tahu hal ini, kalau tak macam mana Lion White tu jumpa data Rissa even aku dah delete semua data Rissa lepas dia derma darah masatu. Aku yakin 

Comments