BAB 3 ACE : MR COLD HUSBAND
BAB 3
Setelah seminggu bergelar isteri kepada Tengku Adrian , Adriana Erissa merasa bersyukur kerana tiada seorang pun yang mengganggunya atau cuba untuk melakukan perkara yang tidak baik terhadap dirinya. Dia menyedari sejak kebelakangan ini, dia merasa tidak sedap hati tidak tahu sama ada ianya cuma perasaannya sahaja atau memang akan ada sesuatu yang bakal berlaku. Kini Adriana Erissa merupakan isteri dan juga pembantu peribadi Tengku Adrian kerana mereka kena sentiasa bersama walau dimana jua mereka berada.
Adriana Erissa bangun pada awal pagi ingin memasak untuk suaminya , setelah selesai memasak dia mendengar laungan azan subuh berkumandang. Terdapat surau berdekatan dengan rumah mereka, suaminya telah sediakan segalanya. Semasa mula-mula masuk kedalam rumah agam macam penthouse serba mewah dan tidak sangka suaminya telah menyiapkan segalanya perabut di rumah juga serba canggih.
Adriana Erissa naik ke tingkat atas menggunakan lif yang ada di rumah dan masuk ke bilik terlihat suaminya telah bangun dari tidur, sedang bercakap melalui telefon dan perbualan tersebut seperti series. Setelah suaminya mematikan panggilan, " Abang.. siapa telefon abang pagi-pagi ni ? abang dah solat subuh ke ? " Tengku Adrian memusingkan badannya dan tersenyum melihat isterinya.
" Ni Fahmi telefon abang dia kata ada projek nak kena pergi tengok harini , dan sayang .. abang tunggu sayang nak solat subuh jemaah sekali " sambil melangkah ke arah isterinya dan mencium dahi isterinya. "Jom kita solat sekali.." sambil menuju ke arah tandas.
Setelah selesai solat subuh , Adriana Erissa segera bangun dan mencari baju kemeja yang sesuai untuk suaminya harini yang boleh sedondon dengannya. " Abang, harini abang pakai hitam atau biru gelap? Rissa nak gosok baju abang sekali ni " sedang membelek pakaian suaminya yang kebanyakkan warna-warna gelap.
Tengku Adrian bangun dan menuju ke arah isterinya yang sedang membelek pakaiannya, dia tahu isterinya sangat prihatin dan sangat teliti dalam banyak hal termasuk pakaiannya. Sampai sahaja berdekatan dengan isterinya, dia terus memeluk isterinya dari belakang meletakkan kepalanya pada bahu isteri kesayangannya.
Adriana Erissa terkejut dengan perbuatan suaminya yang tiba-tiba peluknya dari belakang , dia memusingkan badannya untuk berhadapan dengan suaminya.
" abang kenapa ni ? Okay ke ? Abang tak sihat ke ? " terus meletakkan tangan di kepala suaminya risau kalau suaminya demam atau sakit lain.
" Abang okay sayang... cuma abang rasa taknak pergi kerja nak duduk dengan sayang dekat rumah, nak luangkan masa dengan sayang.. abang rindu sayang nanti macam mana ? " luah Tengku Adrian.
Geli hati Adriana Erissa dengan perangai suaminya yang sangat manja, betul la orang kata lelaki yang kasar dengan orang lain bila dengan orang yang dia sayang manjanya hanya dirinya sahaja yang mengetahuinya.
" Okay abang macam ni, nanti Rissa datang hantar lunch dekat abang lepastu Rissa mula kerja dengan abang dekat pejabat okay ke macamtu ? Rissa taknak la abang duduk rumah sahaja sebab nak jaga Rissa, Okay ke my Cold Husband ? " tangan diletakkan di kedua- dua pipi milik suaminya dan tersenyum melihat kerenah suaminya. Berpusing menghadap ke almari dan mencari baju berwarna biru gelap bersama tali leher berwarna hitam.
Setelah selesai menyiapkan pakaian untuk Tengku Adrian, Adriana Erissa memanggil Tengku Adrian yang masih dalam tandas dan mengetuk pintu bilik air. " Abang.. baju abang ada dekat almari Rissa gantung dekat luar almari nanti abang dah selesai turun bawah Rissa dah siapkan sarapan untuk abang. Rissa masak makanan kegemaran abang." mendengar suaminya menjawab "hmm" sahaja sudah dia faham suaminya sedang syampu rambutnya.
Selesai memesan, Rissa turun bawah dan jumpa dengan bibik, walaupun rumah ini ada ramai pembantu rumah tapi untuk memasak hanya Adriana Erissa sahaja yang dibenarkan masak.
Sedang mereka menikmati sarapan pagi, tiba-tiba telefon milik Adriana Erissa berbunyi, sebaik sahaja dia mengangkat telefon hampir sahaja dia terjatuh kerana terkejut dengan berita yang baru sahaja dia terima. Tengku Adrian yang menyedari perubahan riak muka isterinya terus menyambut isterinya.
"Sayang.. kenapa ? Siapa yang telefon sayang ? " Tengku Adrian mengambil telefon yang ada di tangan isterinya baru sahaja dia ingin mendengar tetapi telefon dimatikan. " Ab..Abang.. mummy daddy ... " tidak dapat Adriana Erissa meneruskan kata-katanya apabila mendapat panggilan dari pihak hospital bahawa ibu bapanya di timpa kemalangan dan masih dalam keadaan kritikal terduduk Adriana Erissa dan menangis sekuat hatinya.
Telefon bimbit milik Tengku Adrian pula berdering dan tertera nama papanya " Assalamualaikum papa, kenapa ? apa yang terjadi ? " belum sempat Tengku Adrian meneruskan kata-katanya Tengku Ghazali telah memotong ayatnya.
"Ibu dan ayah Rissa kemalangan, keadaan sekarang kritikal diorang ada di Hospital Kuala Lumpur. Papa nak kamu jaga Rissa, papa akan tundakan pemberitahuan serah kuasa pada kamu kerana kita kena fokus dengan keselamatan Rissa.. Papa harap kamu boleh batalkan segala appointment kamu harini untuk jaga Rissa. Dekat hospital papa akan uruskan kamu jaga Rissa. " terang Tengku Ghazali dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada menantu kesayanganya.
Setelah selesai perbualan Tengku Adrian dan papanya , Tengku Adrian mematikan telefon dan cuba menenangkan Adriana Erissa yang kini menangis tidak henti.
"Sayang.." baru sahaja dia ingin menenangkan isterinya,
Adriana Erissa terus memeluknya sambil berkata " Abang.. apa salah Rissa abang sampai semua orang yang Rissa sayang cedera , tinggalkan Rissa , Allah tak sayang pada Rissa ke ? Rissa ni orang yang tak layak bahagia ke ?."
Tengku Adrian memeluk isterinya dengan erat, dia sangat memahami rasa kehilangan yang dihadapi oleh isterinya. Baginya kehilangan orang dia paling sayang adalah hal yang paling ditakutkan oleh setiap orang dan dia tidak ingin isterinya merasakan hal yang sama.
"Sayang jangan kata macam tu, Allah swt uji sayang sebab Dia tahu sayang seorang yang kuat dan tabah untuk hadapi ujian daripadaNya dan sayang kena tahu kalau sekarang sayang tak keseorangan sayang ada abang , ada mama
Comments
Post a Comment